Hari Terbuka PI Parlimen Setiawangsa
29 April 2018 | Aktiviti TerkiniPada 28 April 2018 yang lalu telah berlangsung Hari Terbuka tiga PI di bawah Parlimen Setiawangsa iaitu PI PPR Kg Baru Air Panas, PI PA DBKL Desa Rejang dan PI PPR Seri Semarak. Hari terbuka ini telah dijalankan di PI PPR Kg Baru Air Panas bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1.00 petang. Seramai lebih 250 orang pengunjung telah hadir untuk memeriahkan Hari Terbuka ini.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang Hari Terbuka tersebut ialah seperti Pameran dari pelbagai Agensi seperti Anti Dadah, Pemeriksaan Kesihatan oleh Klinik Kg Baru Air Panas, Demonstrasi Memadam Kebakaran dari BOMBA, Pameran Printer 3D dan cabutan bertuah. Hari Terbuka ini turut disertai staf dari PI berdekatan sekitar Kuala Lumpur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: